Assalamualaikum ,
Hari ni tarikh 26/12 tahun 2012 pukul 1447 . Hmmm .. lagi 7 hari nak mulakan alam persekolahan yg baru. Cepatnye masa berlalu. Rasa sekejap je . Tapi , berbaloi ke ape yang aku buat selama aku hidup ni ? Maksud aku , segala bende yang aku buat ni , mendapat keredaan Allah tak ? Aku makan , minum , tidur , pergi sekolah , holidays , lepak dgn kawan-kawan , tolong orang and so on . Kalau hidup setakat nak enjoy dunia , mcm mane dgn bekalan akhirat ? cukup ke tak ? jap , biar aku ingatkan balik .. solat lima waktu cukup , tapi kekadang tertinggal dan sengaja ditinggalkan <-jujur ... Aku solat lima waktu tu , Allah terima ke tak ek ? Aku tolong orang ikhlas ke ? Aku sedekah kat orang ikhlas ke ? Aku bagi nasihat kat orang , tapi orang tu terima ke ? Apa yang aku buat ni , community aku terima ke ? Pasti ramai akan jawab , "NOBODY'S PERFECT " atau " SEMUA ORANG TAK LARI DARI BUAT KESILAPAN" . Sebenarnya , memang betul perkataan tu.. Nobody's perfect. Tapi , takkan la kite nak terus menerus buat kesilapan yang sama berulang kali ? Takkan nak tunggu miracle datang , barulah nk berubah ? Bak kata bekas cikgu math aku atau bakal cikgu chemist aku , Cikgu Sabariah , dia cakap , "Orang Bodoh mengulangi kesilapan yang sama" . So , aku mengaku , aku memang orang bodoh yang cikgu sabariah maksudkan tu sbb aku selalu ulang kesilapan aku yang sama. Tapi , kenapa aku masih tak cari jalan penyelesaian utk selesaikan masalah aku ? Kenapa lah aku ni bodoh sangat ? Itu mungkin ujian Allah untuk hamba-hamba dia. Allah S.W.T nak uji tahap keimanan kita . Nak tengok samada kita masih perlukan dia atau tak samada ketika senang atau susah. Aku baru perasan bende ni lepas aku main game Command And Conquer : General . Aku kena kawal askar la.. Banyak askar aku dah mati tapi aku percayakan keajaiban tak ? Miracle datang tanpa diduga . Masa tu , memang tinggal sikit je askar. kereta kebal and Jet semua dah hancur . Tapi , aku terlupa yang aku masih ade teammate aku . Dia hantar semua Jet die utk tolong aku. Macam tu jugaklah ujian Allah. Allah uji kita sampai kita betul-betul kalah. Kalau kita menyerah masa tu jugak , kita memang akan kalah. Tapi , kalau kita tak putus asa dan mengaharapkan pertolongan Allah , Insya-Allah kejayaan milik kita. Sama jugak macam kita belajar. Kita belajar betul-betul , buat latihan , otak sampai nak pecah , tapi kita dapat markah cukup-cukup makan je.Kalau kita berhenti situ , kegagalan akan jadi milik kita. Kita kenalah berusaha sehabis baik dan berdoa .. mengharapkan bantuan Allah. Pasal tu la kita kena sebut , "Boleh , Insya-Allah " , kita buat sebaik mungkin , dan serah semua kat Allah.. bukannye Insya-Allah je.. Itu macam kita redha je. Kalau dapat markah 80% , kita cakap "Syukur sangat-sangat dapat A , asalkan tak B " . Yes , memang betul kita kena bersyukur. Tapi , takkan nak macam tu je ? Nak kejayaan lebih , kenalah usaha lebih. Target kita kenalah tinggi dan pastikan kita dapat lebih dari target. Barulah betul cara kita. Bila dah dpat kejayaan yg diinginkan , janganlah pulak lupa Allah. Bila susah baru lah nak carik Allah , tapi bila senang .. buat tak kesah je.. Cuba korang tengok dunia kita sekarang . Ekonomi turun je memanjang. Perang sana-sini. Budak-budak , wanita mati kena tembak , kena rogol ,jadikan hamba. Korang tak pedulikan ke semua bende tu ? Cube korang tanya diri korang , ape yang dah korang sumbangkan untuk negara korang ? " Alaaaa , kita tak kacau diorang , diorang tak kacau kita , jaga tepi kain sendiri cukup laa " . Ayat mcm ni , kena guna bergantung mengikut tempat dan keadaan. Kalau boleh , takyah guna langsung. Memang betul jaga tepi kain sendiri.. tapi itu untuk hal peribadi saja. Sekarang ni , hal umum. Kalau korang ade masalah , takkan nak pendam sorang , takkan nak share ngan kawan pastu , kawan buat don't know je. Mesti ade solution untuk masalah korang ? Betul tak ? Macam tu la diorang. Korang semua tak terfikir ke nak buat bende lain dari yang lain ? The IMPOSSIBLE things . Bende yang luar biasa bagi orang ramai , tapi kita boleh buat ? korang pernah terfikir tak nak buat ? Benda yang orang lain tak pernah buat selama ni ? Benda yang positif la bukan benda yang negatif -_- . Sebagai contoh , macam kereta portable yang boleh lipat-lipat kereta tu ? Sound stupid kan ? yes , memang stupid , tapi kalau ade , takyah susah2 bayar parking. masukkan kereta dalam poket je. Korang pikir lah idea korang sendiri. Itu contoh je. Banyak lagi contoh lain yang korang boleh guna. Okay , seterusnya. Ada tak sesiapa yang cita-cita nak jadi pemimpin ? Prime Minister ? Memerintah sebuah negara ? Ade tak ? Kalau ade , cube wujdkan sebuah negara yang bebas dari jenayah , rasuah , sebagainya. Ade tak sesape yang boleh buat macam tu ? Ade tak pemimpin yang mengimamkan rakyat jelata ? Ade tak pemimpin yang tak terlibat dalam jenayah ? Ade tak pemimpin yang betul-betul jujur dalam tugasan ? Ade tak pemimpin yang sanggup korbankan apa saja untuk rakyatnya ? Ade ? Someone ? Anybody ? Setiap negara memerlukan pengganti pemimpin yang bertukat dari baik ke lebih baik dan terbaik. Barulah rakyat hidup aman damai. Aman damai disini bermaksud macam harta kekayaan. Semua nak harta cukup-cukup je. Taknak lebih , taknak kurang.Kalau terlebih, bagi orang yang memerlukan. "There's no point of being rich of wealth " . Lebih kurang macam tu lah. Fikirlah betul-betul apa yang awak semua nak buat . Berguna tak kepada diri sendiri dan masyarakat . Kalau ade , teruskan lah . Saya remaja . Saya taknak sia-siakan hidup dgn lepak-lepak , karaoke and so on. "Remaja perlukan kebebasan " . Memang betul tapi agak-agak la. Kita remaja pengganti masa depan negara. Takkan nak enjoy je memanjang. Tak terfikir ke nak buat bende lain dari yang lain ? Bende yang memajukan negara dan mendapat keredaan Allah. Kita nak capai Wawasan 2020 sebagai negara maju . Apa kata kita singkatkan masa , jadi 2015 ke , 2018 ke ? Rakyat maju disebabkan pemimpin maju. Pemimpin maju , negara akan maju.Maju disini bukan bermaksud meninggalkan suruhan agama. Ingat baik-baik ^_^ . Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment