Search Here ^_^

Friday, December 27, 2013

Tazkirah Terakhir Tahun 2013

Assalamualaikum ,
Alhamdullilah kita masih diberikan nyawa untuk teruskan kehidupan kita.
 "Kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini ?  , jawapan Imam Al-Ghazali " kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat" .  Hari ni aku nk share sikit ilmu agama yang aku dapat dari cikgu-cikgu , ustaz-ustazah , alim ulama . Secara jujurnya , dulu aku ni jenis yang malas nak dengar ceramah agama or bagi nasihat agama . kalau dengar je , mesti rase mcm marah , benci and rase macam tak puas hati je la.. pastu , hati aku cakap , " bajet alim je nak nasihat aku "  . Pastu , aku ni tak suka membaca , and malas nak bukak buku-buku agama nak baca. And then , semenjak aku pindah skola baru ni , dengan persekitaran yang , boleh dikatakan ulat buku and budak baik-baik. Menjak dari tu , aku rase minat nak mendalami ilmu agama . SERIOUSLY . Sebab ape ?? Sebab , ilmu agama ialah asas kepada ilmu-ilmu dunia yang lain. Ilmu dunia ni banyak . Ilmu addmath , Science , Physics , Astrophysics , Biochemistry , Technology and so on.... banyak la ... Tu yang orang cakap , " Ilmu itu luas " . Orang Jerman pernah kaji Al-Quran , die kaji dan kaji , die dapat something dari Al-Quran. Tapi , die tetap taknak beriman. Sebab , family tak suka lah bagai... Tapi , cube tengok negara Jerman sekarang.. Diorang boleh dikatakan pakar Engineering . Sebab ape ? Sebab diorang penah kaji Al-Quran. Okay , back to our topic. Apa yang aku nak cakap sini , aq ni dulu memang tak minat bab agama . Lepas tu , ade kawan aku ni , die beli lah majalah Solusi .. majalah ni pasal Islamik la. Pastu , die ade beli buku cerita pasal Sultan Muhammad Al-Fateh . Aku minat benda yang macam sejarah orang , tambah pulak buku Sultan Muhammad Al-Fateh tu ade bab2 perang .. aku ni suka kalau bab2 perang.  , so , aku mintak la kat kawan aku , nak pinjam buku Al-fateh tu.. Dah habis aku baca buku tu , kawan aku ni , offer aku majalah Solusi tu.. Entah macam mane , aku yang tak minat buku agama , plus tak minat membaca , boleh terminat nak baca majalah Solusi tu. Baca punya baca , terminat pulak. Rasa macam nak baca je lagi. Pastu , kawan aku ni pulak , share buku pasal Umar Al-Khattab , Salahuddin Ayubi , Imam Hambali , banyak lagi la.. Majoroti dalam buku tu , ade pasal perang2 ... Lagi la minat aku nak baca buku tu.. Lama -lama lepas aku baca tuh , aku rase suka membaca. Last2 , pegi lepak kat surau sekolah , baca semua majalah psal Islam. Solusi lah , Ad dian la , Gen-Q lah .. boleh dikatakan semua aku dah baca lah.. Duduk dekat commonroom , baca semua majalah SISWA yang ade dalam commonroom.. Terdetik pulak niat aku nak mandalami Al-Quran , tapi disebabkan takde masa free , aq plan nk buat lepas SPM . Kaji Al-Quran ni lama ... dekat 13 tahun.. kalau aku 17 , tambah 13  , dekat 30 tahun umur aku nanti.. , nanti-nanti lah aku pikir balik.. So , based on story aku ni , story kisah benar aku ni , memang betul Hidayah Milik Allah . tapi , kalau kita betul-betul nak hidayah Allah , nak merasa Halawatul Iman (Kemanisan Iman) , kita kena usaha nak dapatkan . Same la jugak cerita bab tutup aurat .. tutup aurat bukan lepas kahwin , baru nak tutup auirat atau nak tunggu hidayah sampai baru nak tutup , ... kita sendiri kena usaha tutup aurat tu dulu .. Bab aurat ni utk lelaki ngan perempuan .. khususnya kepada perempuan. Kalau perempuan pakai baju tak cukup kain , of course la semua lelaki nak pandang. Pandang dengan penuh nafsu .  Mata orang lelaki ni susah nak jaga. Cube kalau perempuan tu pakai baju tutup aurat , menutupi dada , leher pon dikira aurat , mesti lelaki pandang korang dengan penuh hormat . Caya la cakap aku sebab aku lelaki.. Lelaki tu akan simpan niat diam-diam nak kahwin dengan perempuan yg tutup aurat dgn baik .. Tambah pulak klau perempuan tu baik mulut dia .. Basicly , ape yang aku tau psal perempuan ni , die nak orang puji dia , nak orang pandang dia , tapi kalau korang pakai baju tutup aurat , lelaki akan pandang diam2 tengok perempuan. Kalau tak ikhlas tutup aurat , paksa diri tu tutup aurat. Tutup aurat sebab takut peraturan sekolah atau takut neraka Allah ? Choose one . Ade satu cerita ,  ... Ali dan Abu pergi masjid .... Abu ni sedekah RM 1 je dalam tabung masjid . Ali ni pulak , die menunjuk-nujuk dekat Abu , die sedekah RM 100 .. setiap minggu diorang akan sedekah dalam tabung masjid. Of coz la kita tahu si Ali riak kan... tapi , lama kelamaan , Ali sedekah RM100 tu macam tak rase apa-apa .. sebelum ni , die sedekah , ade la rase riak dalam hati tu.. tapi , ni dah tak rase apa-apa.. Itu lah yang dikatakan ikhlasssss ... Ali , n i cerita kat Abu , Abu sruh die solat taubat atas riak dia sebelum ni.. Ali ngan Abu teruskan derma kat tabung masjid.. Tu la cerita dia . Memang mula-mula akan terdetik sikit riak dalam hati , tapi lama-kelamaan , ilkhlas tu datang dengan sendirinya. Macam tu jugak lah bab tutup aurat nie. Bukannya cakap " Klau tak ikhlas , baik takyah tutup aurat , sia-sia je la " , Tutup je aurat tu , In sya-Allah , ikhlas tu datang dengan sendirinya. Dalam bab sedekah ni pulak , aku cabar korang , korang derma semua duit korang dekat orang miskin tepi jalan atau sedekah dalam masjid....contohnya , dalam poket korang ade RM 5 ... korang nak guna duit tu tuk tambang bas la , nak makan tengahari la , and so on.. kalau korang ikhlas derma semua duit korang tu , korang yakin yang Allah akan tolong korang , tengok lah , Allah akan tolong korang walaupun korang dah takde duit dalam poket sebab ikhlas derma.. Itulah ujian yang paling susah nak buat . Nak menderma di kala kita sendiri susah. Itu nak test sama ada kita yakin ke tidak dekat kekuasaan Allah s.w.t .

      Okay , skang nak citer pasal solat. Rasulullah s.a.w bermimpi , baginda ternampak Bilal bin Rabah masuk ke syurga lagi awal daripada baginda sendiri.. Esoknya , baginda pergi jumpa Bilal , tanya dia .. "Wahai Bilal , apa yang engkau lakukan sehingga engkau mendahului aku memasuki syurga ?  Jawab Bilal " Tiada apa-apa yang aku lakukan  , cuma aku lakukan solat sunat wudhu' selepas aku mengambil wudhu'. , Haaa , jadi kepada korang tu , eh bukan korang .. Kita semua ... rajin-rajin la buat solat wudhu.. 2 rakaat je.. Sahaja aku solat sunat wudhu 2 rakaat , kerana Allah ta'ala. .. Kalau korang solat jemaah kat masjid , boleh buat solat sunat tahiyatul masjid sekali ...

Subuh
solat sunat wudhu ( 2 )
solat sunat tahiyatul masjid ( 2 )
solat sunat qabliah ( 2 )
solat fardhu subuh ( 2 )

Zuhur
solat sunat wudhu ( 2 )
solat sunat qabliah ( 2 )
solat sunat tahiyatul masjid ( 2 )
solat fardhu zuhur ( 4 )
solat sunat bakdiah ( 2)

Asar
solat sunat wudhu ( 2 )
solat sunat tahiyatul masjid ( 2 )
solat sunat qabliah ( 2 )
solat fardhu asar ( 4 )

Maghrib 
solat sunat wudhu ( 2 )
solat sunat tahiyatul masjid ( 2 )
solat sunat qabliah ( 2 )
solat fardhu maghrib ( 3 )
solat sunat bakdiah ( 2 )

Isyak
solat sunat wudhu ( 2 )
solat sunat tahiyatul masjid ( 2 )
solat sunat qabliah ( 2 )
soalt fardhu isyak ( 4 )
solat sunat bakdiyah ( 2 )

Total : 53 rakaat sehari

banyak kan ? Orang lain buat 17 rakaat sehari , kita buat lah 53 rakaat sehari .. kalau mampu .. Orang yang bijak , ialah dia mewajibkan perkara yang sunat ke atas diri dia.  Memang susah nak buat mula-mula , tapi lepastu tuh okay ... buat sikit-sikit dulu . Zaman para sahabat dulu , ade yang solat dekat 700 , ade yang sampai 1000 rakaat ... malu kita solat fardhu 5 kali sehari pon tak boleh .. fikir-fikirkan lah ..

Apa kata kita tambah 53 rakaat tadi dengan solat Dhuha ^_^

Rasulullah buat solat dhuha 4 rakaat sehari .. Kita kena lah lebih dari tuh.. maximum 12 rakaat

Fadhilat-fadhilat solat sunat dhuha
1) 2 rakaat - tidak termasuk dalam golongan orang lalai
2) 4 rakaat - golongan orang-orang ahli ibadah
3) 6 rakaat - orang-orang yang diberikan kecukupan
4) 8 rakaat - orang-orang beruntung
5) 10 rakaat - dihapus dosa-dosa pada hari itu
6) 12 rakaat - SEBUAH RUMAH DI SYURGA

So , pilih lah mane korang nak buat ... ^_^
\
Kita kalau nak berdoa untuk orang lain , doa diam-diam supaya mustajab doa tu . Kita jangan bagitau orang tu yang kita doakan dia  , nanti doa tu kurang mustajab . Kita doa diam-diam dan mengharapkan orang tu mendoakan kita jugak . Doa yang mudah dimakbul kan ialah doa orang yang tidak tahu kita doakan dia , doa orang dizalimi , dan DOA SEORANG AYAH , .. Doa seorang ayah takkan pernah ditolak oleh Allah s.w.t . ,  Kita kena doa dekat Allah , supaya kurniakan hati yang sihat , supaya tak menzalimi orang lain. Jangan derhaka pada Allah , jangan mensyirikkan Allah .. tiru gaya hindu , pasang lilin keliling rumah, bomoh..Sebenarnya , bersanding dan merenjis-renjis tak boleh dalam Islam.. itu agama hindu.. Kita dah campur-adukkan dengan agama kita . Pengantin tak boleh bersanding atas stage , bagi penonton tengok .. TAK BOLEH ! , kalau nak sangat , buat dalam rumah , biar saudara-saudara nak tengok boleh.. Makan beradab boleh . Tak salah nak buat majlis perkahwinan grand-grand .. tapi jangan campur adukkan dengan agama lain .. renjis tu tak boleh , sanding tak boleh .. " Alaaa , tapi tu akan adat . nanti habislah adat ditenggelam zaman" , Agama lagi penting atau adat karut-mengarut lagi penting ?  Tanya la diri sendiri .

Satu lagi , kalau kita dalam majlis ilmu , contohnya , kalau kita pegi tuisyen la... cikgu dah start mengajar .. tetiba ade orang lambat datang ketuk pintu nak masuk , Orang yang paling jauh kena bukak pintu , bukan orang yang paling dekat .

Kalau kita nampak orang buat jahat , atau orang tak tutup aurat , kita pulak takde kuasa nak nasihatkan dia , kita amalkan doa Rasulullah . " Ya Allah , ampunkahlah mereka , sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Berikan kebaikan kepada mereka dan berikan kebaikan kepada ku jua"  .. Doa ni Rasulullah baca , time kena halau dgn penduduk Taif . Rasulullah kena baling batu sampai penuh darah dekat kasut baginda .. tapi Rasulullah sabar , dan doakan mereka. Berkat doa Nabi Muhamad s.a.w , takde sorang penduduk Taif yang murtad selepas kewafatan Rasulullah . Kan lepas Nabi Muhammad wafat , ramai yang murtad... tapi takde sorang penduduk Taif yang murtad . style an ? ^_^

Sebelum akhirnya tazkirah ni , aku nak mohon ampun dan maaf kalau aku ade buat silap masa tulis dalam blog ni , To all teenagers kat facebook , twitter , dan sewaktu dengannya , stop la buat something yang boleh memalukan diri korang . Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . Dengan itu , disudahi dengan wabillahhitaufiq wal hidayah , Assalamualaikumwarahmatulwahiwabarakatuh ^_^
 Semoga Berjaya Dunia dan Akhirat :) No Sacrifice , No Victory :)
Mulakan Tahun 2014 dengan semangat baru ^___^